19 December 2006

PEMERIKSAAN HIV

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

"Hai.. Pej Agama nie.. nak itu la nak ini lah.. kita kan nak kawin.. bukannya nak berzina.. nak dirikan masjid.. .. nak kawin pun susah ke.. kalau aku terbuat dosa pej agama nak tanggung ke..??" itu lah rungutan orang ramai yang biasa saya dengar apabila borangnya di rijeks sebab dokumennya tidak lengkap...
"Saya hanya menjalankan tugas encik" itulah jawapan saya di atas rungutan-rungutan orang ramai supaya sejuk sikit hati mereka.. iyerla.. saya kerje makan gajikan mesti kena mengikut arahan-arahan yang telah ditetapkan.

Mereka merungut disebabkan dokumen kurang atau pun menghantar dokumen yang salah. Pihak Jabatan agama telah menyediakan bruser atau pun pemplet dokumen yang di perlukan, anda hanya perlu membaca dan menyikut syarat-syarat yang telah di tetapkan.

Kebiasaannya dokumen yang salah adalah borang pemeriksaan HIV, utk pengetahuan anda, kami hanya menerima pemeriksaan HIV yang dibuat di klinik Kerajaan Sahaja. Klinik Swasta tidak kami terima. tempoh sah laku Borang pemeriksaan tersebut selama 6 bulan sahaja selepas pemeriksaan. Oleh yang demikian waktu yang sesuai utk pemeriksaan 2-3 bulan sebelum tarikh pernikahan.

Borang pemeriksaan HIv hanya boleh di dapati di Jabatan Agama Johor dengan bayaran RM 5.00 dan di belakang borang tersebut biasanya dicop dengan tempat, hari dan masa pemeriksaan tersebut. Oleh yang demikian anda hendaklah menyikut Pemeriksaan tersebut dijalankan di klinik kesihatan pada masa dan waktu yang telah ditetapkan sahaja. Mudah bukan

Bagaimana kalau keputusan pemeriksaan Hiv saya Positif???

Saya akan terangkan pada tulisan saya yang akan datang. apa-apa pun jika anda ingin membuat pertanyaan mengenai prosedur perkahwinan.. anda boleh lah email kepada saya..


all_wan@yahoo.com
Muda Kaya Terkenal
67 Jalan Kurnia 1
Taman Kurnia
86000 Kluang Johor

14 December 2006

KURSUS PRA PERKAHWINAN

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

Asalamualaikum..apa khabar.. saya masih bercerita mengenai kursus pra perkahwinan..

Bila Masa Yang Sesuai Untuk KURSUS PRA PERKAHWINAN ?

M
asa yang sesuai untuk berkursus dalam tempoh 90 hari sebelum tarikh pernikahan.. ini kerana ilmu tersebut memang digunakan semasa berkahwin kelak...

Masa proses borang permohonan nikah juga pada tarikh ini. iaitu dalam tempoh 90 hari dan tidak kurang dari 7 hari dari tarikh pernikahan

nantikan pula saya akan terangkan PROSEDUR berkaitan Pemeriksaan HIV di negeri Johor

12 December 2006

Kursus Prra perkahwinan

Asalamualaikum... ape khabar
biasanya di Akhir-akhir tahun , ramai kawan-kawan saya bertanya kepada saya "betul ker kursus tahun depan bayaranya dah naik.???" ada yang datang kepada saya dan bertanya.. "kursus tahun depen dia buat tiga malam dua hari ke....??"

Saya sendiri hairan bagaimana kawan-kawan saya dapat berita yang begitu menakutkan itu.. sedangkan saya yang bekerja di sektor tersebut tidak tahu menahu tentang perkara tersebut...

setelah saya siasat perkara ini secara bersendirian.. saya dapat maklumat bahawa kebanyakan berita ini disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab supaya ramai peserta kursus di tempat tersebut.... tetapi berita tersebut begitu mempengaruhi orang ramai untuk berkursus .. kerana ramai pasangan yang ingin berkahwin memlih berkursus di akhir tahun sedangkan nak nikah lama lagi... itu pun kalau jadi nikah.. kalau putus di tengah jalan.. hehehe ( ramai kawan-kawan saya dikecewakan dua- tiga bulan sebelum hari pernikahan).

Berkesan jugak cara pemasaran diorang.. kiranya menjadi la... tp untuk pengetahuan anda kursus tetap sama.. bayaran setakat ini masih lagi RM 80 dan dibuat 12 matapelajaran .tiada maklumat daripada jakim yang menyatakan kursus akan ditukar kepada 2-3 hari seperti yang disebarkan.

nantikan saya akan bagi tau tarikh yang sesuai untuk bekursus sebelum tarikh pernikahan mengikut pandangan saya .

All_wan@yahoo.com
Pem.Tadbir Bahagian UUs .
Pej Agama Daerah Kluang
86000 Kluang

06 December 2006

surat akuan bujang

Semua penghulu dan ketua kampung di amanahkan untuk membuat surat akuan bujang di dalam mukimnya untuk proses di pejabat agama negeri johor.

Untuk perkara tersebut pemohon haruslah bersiap sedia dengan surat akuan bujang sebelum hadir ke pejabat agama untuk membeli borang permohonan nikah. dengan adanya surat akuan bujang tersebut , pemohon boleh menyelesaikan proses permohonan nikah dengan kadar yang lebih cepat. ini kerana apabila pemohon hadir kepejabat agama , pemohon hanya perlu membeli borang permohonan nikah dan pemeriksaan hiv. pemeriksaan hiv biasanya memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja.. dan morang tersebut boleh di lengkapkan di pejabat agama...

dengan ada persediaan trersebut.., tuan -tuan boleh menjimatkan masa dan memudahkan permohonan tuan-tuan. untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi ke pejabat agama daerah yang berdekatan..

all_wan@yahoo.com.my
saya akan sambung di lain masa..., tunggu