19 December 2006

PEMERIKSAAN HIV

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

"Hai.. Pej Agama nie.. nak itu la nak ini lah.. kita kan nak kawin.. bukannya nak berzina.. nak dirikan masjid.. .. nak kawin pun susah ke.. kalau aku terbuat dosa pej agama nak tanggung ke..??" itu lah rungutan orang ramai yang biasa saya dengar apabila borangnya di rijeks sebab dokumennya tidak lengkap...
"Saya hanya menjalankan tugas encik" itulah jawapan saya di atas rungutan-rungutan orang ramai supaya sejuk sikit hati mereka.. iyerla.. saya kerje makan gajikan mesti kena mengikut arahan-arahan yang telah ditetapkan.

Mereka merungut disebabkan dokumen kurang atau pun menghantar dokumen yang salah. Pihak Jabatan agama telah menyediakan bruser atau pun pemplet dokumen yang di perlukan, anda hanya perlu membaca dan menyikut syarat-syarat yang telah di tetapkan.

Kebiasaannya dokumen yang salah adalah borang pemeriksaan HIV, utk pengetahuan anda, kami hanya menerima pemeriksaan HIV yang dibuat di klinik Kerajaan Sahaja. Klinik Swasta tidak kami terima. tempoh sah laku Borang pemeriksaan tersebut selama 6 bulan sahaja selepas pemeriksaan. Oleh yang demikian waktu yang sesuai utk pemeriksaan 2-3 bulan sebelum tarikh pernikahan.

Borang pemeriksaan HIv hanya boleh di dapati di Jabatan Agama Johor dengan bayaran RM 5.00 dan di belakang borang tersebut biasanya dicop dengan tempat, hari dan masa pemeriksaan tersebut. Oleh yang demikian anda hendaklah menyikut Pemeriksaan tersebut dijalankan di klinik kesihatan pada masa dan waktu yang telah ditetapkan sahaja. Mudah bukan

Bagaimana kalau keputusan pemeriksaan Hiv saya Positif???

Saya akan terangkan pada tulisan saya yang akan datang. apa-apa pun jika anda ingin membuat pertanyaan mengenai prosedur perkahwinan.. anda boleh lah email kepada saya..


all_wan@yahoo.com
Muda Kaya Terkenal
67 Jalan Kurnia 1
Taman Kurnia
86000 Kluang Johor

No comments: