19 December 2006

PEMERIKSAAN HIV

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

"Hai.. Pej Agama nie.. nak itu la nak ini lah.. kita kan nak kawin.. bukannya nak berzina.. nak dirikan masjid.. .. nak kawin pun susah ke.. kalau aku terbuat dosa pej agama nak tanggung ke..??" itu lah rungutan orang ramai yang biasa saya dengar apabila borangnya di rijeks sebab dokumennya tidak lengkap...
"Saya hanya menjalankan tugas encik" itulah jawapan saya di atas rungutan-rungutan orang ramai supaya sejuk sikit hati mereka.. iyerla.. saya kerje makan gajikan mesti kena mengikut arahan-arahan yang telah ditetapkan.

Mereka merungut disebabkan dokumen kurang atau pun menghantar dokumen yang salah. Pihak Jabatan agama telah menyediakan bruser atau pun pemplet dokumen yang di perlukan, anda hanya perlu membaca dan menyikut syarat-syarat yang telah di tetapkan.

Kebiasaannya dokumen yang salah adalah borang pemeriksaan HIV, utk pengetahuan anda, kami hanya menerima pemeriksaan HIV yang dibuat di klinik Kerajaan Sahaja. Klinik Swasta tidak kami terima. tempoh sah laku Borang pemeriksaan tersebut selama 6 bulan sahaja selepas pemeriksaan. Oleh yang demikian waktu yang sesuai utk pemeriksaan 2-3 bulan sebelum tarikh pernikahan.

Borang pemeriksaan HIv hanya boleh di dapati di Jabatan Agama Johor dengan bayaran RM 5.00 dan di belakang borang tersebut biasanya dicop dengan tempat, hari dan masa pemeriksaan tersebut. Oleh yang demikian anda hendaklah menyikut Pemeriksaan tersebut dijalankan di klinik kesihatan pada masa dan waktu yang telah ditetapkan sahaja. Mudah bukan

Bagaimana kalau keputusan pemeriksaan Hiv saya Positif???

Saya akan terangkan pada tulisan saya yang akan datang. apa-apa pun jika anda ingin membuat pertanyaan mengenai prosedur perkahwinan.. anda boleh lah email kepada saya..


all_wan@yahoo.com
Muda Kaya Terkenal
67 Jalan Kurnia 1
Taman Kurnia
86000 Kluang Johor

14 December 2006

KURSUS PRA PERKAHWINAN

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

Asalamualaikum..apa khabar.. saya masih bercerita mengenai kursus pra perkahwinan..

Bila Masa Yang Sesuai Untuk KURSUS PRA PERKAHWINAN ?

M
asa yang sesuai untuk berkursus dalam tempoh 90 hari sebelum tarikh pernikahan.. ini kerana ilmu tersebut memang digunakan semasa berkahwin kelak...

Masa proses borang permohonan nikah juga pada tarikh ini. iaitu dalam tempoh 90 hari dan tidak kurang dari 7 hari dari tarikh pernikahan

nantikan pula saya akan terangkan PROSEDUR berkaitan Pemeriksaan HIV di negeri Johor

12 December 2006

Kursus Prra perkahwinan

Asalamualaikum... ape khabar
biasanya di Akhir-akhir tahun , ramai kawan-kawan saya bertanya kepada saya "betul ker kursus tahun depan bayaranya dah naik.???" ada yang datang kepada saya dan bertanya.. "kursus tahun depen dia buat tiga malam dua hari ke....??"

Saya sendiri hairan bagaimana kawan-kawan saya dapat berita yang begitu menakutkan itu.. sedangkan saya yang bekerja di sektor tersebut tidak tahu menahu tentang perkara tersebut...

setelah saya siasat perkara ini secara bersendirian.. saya dapat maklumat bahawa kebanyakan berita ini disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab supaya ramai peserta kursus di tempat tersebut.... tetapi berita tersebut begitu mempengaruhi orang ramai untuk berkursus .. kerana ramai pasangan yang ingin berkahwin memlih berkursus di akhir tahun sedangkan nak nikah lama lagi... itu pun kalau jadi nikah.. kalau putus di tengah jalan.. hehehe ( ramai kawan-kawan saya dikecewakan dua- tiga bulan sebelum hari pernikahan).

Berkesan jugak cara pemasaran diorang.. kiranya menjadi la... tp untuk pengetahuan anda kursus tetap sama.. bayaran setakat ini masih lagi RM 80 dan dibuat 12 matapelajaran .tiada maklumat daripada jakim yang menyatakan kursus akan ditukar kepada 2-3 hari seperti yang disebarkan.

nantikan saya akan bagi tau tarikh yang sesuai untuk bekursus sebelum tarikh pernikahan mengikut pandangan saya .

All_wan@yahoo.com
Pem.Tadbir Bahagian UUs .
Pej Agama Daerah Kluang
86000 Kluang

06 December 2006

surat akuan bujang

Semua penghulu dan ketua kampung di amanahkan untuk membuat surat akuan bujang di dalam mukimnya untuk proses di pejabat agama negeri johor.

Untuk perkara tersebut pemohon haruslah bersiap sedia dengan surat akuan bujang sebelum hadir ke pejabat agama untuk membeli borang permohonan nikah. dengan adanya surat akuan bujang tersebut , pemohon boleh menyelesaikan proses permohonan nikah dengan kadar yang lebih cepat. ini kerana apabila pemohon hadir kepejabat agama , pemohon hanya perlu membeli borang permohonan nikah dan pemeriksaan hiv. pemeriksaan hiv biasanya memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja.. dan morang tersebut boleh di lengkapkan di pejabat agama...

dengan ada persediaan trersebut.., tuan -tuan boleh menjimatkan masa dan memudahkan permohonan tuan-tuan. untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi ke pejabat agama daerah yang berdekatan..

all_wan@yahoo.com.my
saya akan sambung di lain masa..., tunggu

19 November 2006

Proses Mudah untuk berkahwin

Ramai kawan -kawan saya bercerita seolah-olah akan mengalami kesukaran dalam menguruskan pernikahan di Pejabat Agama dan memerlukan saya sebagai orang dalam supaya mereka mudah berurusan di pejabat agama.

Tuan-tuan.. sebenarnya berurusan di pejabat agama tidaklah sesukar mana yang anda bayangkan jika anda mengetahui serba sedikit keperluan untuk berurusan disana . disini saya akan sertakan serba sedikit proses-proses untuk memudahkan anda berurusan disana.

jika tuan tuan sangat sukar untuk hadir ke pejabat agama dengan tujuan membeli borang nikah , tuan boleh lah , serahkan lah potostat ic untuk membeli borang pernikahan.. mudah bukan..

lain.. lain perkara saya akan terangkan di lain waktu.. paham-paham sajerks la.. saya hanya menulis di waktu rehat ... masa tak cukup la... kalau tulis di waktu kerje takut rezeki tak berkat pula...

08 November 2006

prosedur perkahwinan

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN
sesiapa yang bercerai hidup maka di kena berkursus semula

17 October 2006

Prosedur perkahwinan

assalamualaikum

apa khabar semua.. sudah semestinya anda sedang sibuk untuk menyiapkan persiapan hari raya bukan....

di kesempatan ini saya mengucapkan selamat hari Raya Maaf zahir batin kepada Semua pembaca blog ini.. semoga ada sesuatu yang berharga daripada blong saya ini.

bayak kelemahan-kelemahan blog ini.. dan saya akan baiki dari masa ke semasa... insyallah

niat saya cuma satu... saya ada ilmu dalam bidang perkahwinan dan saya sedia untuk membantu seberapa mudah yang boleh kepada bakal-bakal pengantin negeri johor khasnya.

disamping itu saya akan bercerita serba sedikit masaalah realiti kelurga sekarang.. dan disamping itu saya akan bercerita hukum hakam berkaitan dengan perkahwinan.

banyak yang hendak saya ketengahkan dalam bab perkahwinan ini. contoh talak, rujuk, poligami, lian,khuluk, fasakh dan macam lagi la... saya akan huraikan satu persatu mengikut kefahaman saya.

jika anda ada komen atau pertanyaan.. boleh lah email kat saya.... all_wan@yahoo.com..

saya orang baru .. baru belaja buat blog dari ebook smartusaha.

16 October 2006

bulan posa ade nikah juga ke..??

assalamualaikum

dulu mase belum masuk bidang perkahwinan nie kekadang terpikir juga.. ade ke orang nak kawin pada bulan puasa-puasa nie... ?? iya la bulan puasakan.. semua kena jaga la.. karang tak pasal-pasal kena bayar kifarah puasa pulak....

tapi itu dulu.. lepas masuk dalam bidang perkahwinan nie.. wan tengok nikah bulan puasa jadi trend pulak,.. wow ramai jugak nikah bulan puasa nie.. purata sepasang sehari ..... dalam sebulan 30 pasang yang bernikah...

kifarah tu kiranya macam denda la...
setahu wan la kifarah puasa tu jika memalakukan tut-tut ketika berpuasa... iyer la masa tgh berpuasa diorang boleh pakat-pakat pulak nak tut-tut .... so dia kenalah denda...

dendanya .
kalau dia buat gaks projeks berjuta-juta diorang tu... .. senang cakap tenggelam la kepalanya ..... maka dia kena buat puasa dua bulan berturut -turut....... tak boleh putus tu...... kalau terputus puasanya maka dia kena ulang balik puasanya...

lepas tu kena bagi 60 orang miskin makan..

ader lagi sebenarnya tanyalah dengan tok imam kat masjid korang.

11 October 2006

yang lebih segar

nantikan post-post yang lebih segar bugar.... post- post yang menceritakan tentang keriangan perkahwinan.. daripada cara-cara permohonan bernikah hinggalah bersalaman dengan tok kadi .. semoga menjadi panduan bagi mereka-mereka yang hendak bernikah di negeri johor.

19 September 2006

kursus pra perkahwinan

kursus pra perkahwinan yang terbaik untuk anda berkursus adalah di Pejabat Agama Daerah anda tempat tinggal.. mengapa saya berkata begitu?? ini mkerana anda akan kesana untuk membeli borang-borang nikah dan di temubual oleh ustaz-ustaz di sana .. jadi anda perlu kenal dengan orang2 disana...

satu lagi imformation yang saya terima.. kursus pada tahun hadapan hanya laku selama 5 tahun sahaja.. bukan seumur hidup seperti sekarang.. . jadi aper lagi berkursus la sekarang.. untuk dapatkan sijil kursus seumur hidup.. tp ingat berkursus la di pejabat agama

19 July 2006

borang permohonan nikah

ok lah.. untuk borang lelaki di namakan
Borang 1 ianya berwarna merah dan putih
untuk perempuan di namakan
Borang 2 Ianya berwarna biru dan putih..

borang ini tulisan jawi...

nie saya terjemahkan kedalam tulisan rumi untuk memudahkan lagi pengisian borang
borang 1

no 1: nama....................................................................................................................................
no 2 : kad pengenalan .......................................tarikh lahir.....................................................
bangsa.......................................................kerakyatan.....................................................
Alamat................................................................................................................................
Pekerjaan:..................................................Pendapatan Bulanan....................................

no 3: Saya Ingin memohon berkahwin dengan .......................................................................
No KP:.......................................................Tarikh Lahir....................................................
Bangsa.......................................................Kerakyatan......................................................
Alamat:................................................................................................................................

no 4: Saya bercadang untuk berkahwin pada ..........................................................................
Dialamat:..............................................................................................................................

bersambung

18 July 2006

kursus pra perkahwinan

kursus nie dia ader 11 modul.. biasanya dia akan buat 1 hari setengah... biasanya dia akan bermula dari 1.30 ptg hingga 6.00 ptg dan esok nya bermula 8.00pg hingga 6.00 ptg.. kalau kursus anjuran Pejabat Agama Daerah Kluang biasanya sijil terus dapat pada akhir kursus .. ini kerana Pejabat Agama daerah yang kontrol sijil kursus tersebut. kalau nak kursus .... pada 5-6 ogos nie ada kursus. so datang lah sini. datng Pejabat Agama Daerah Kluang

12 July 2006

proses permohonan nikah

untuk makluman setiap proses pernikahan memerlukan Sijil kursus pra perkahwinan.. ini sangat penting untuk membeli borang.. saya pikir tidak salah untuk berkursus awal.. supaya tidak kelam kabut apabila hendak bernikah kelak..