15 July 2007

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

teruskan ke www.mykahwin.com.. dah lama saya tak menulis di sana.. start esok saya akan menulis semula selama 5 minit sahaja..

20 February 2007

hai

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN
hai saya ada buat tawaran yang menarik.... jgn lepaskan peluang ini...
www.mykahwin.com
dan blog baru saya
www.kahwin.biz

31 January 2007

berpindah

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

oh ya... saya telah berpindah ke...www.kahwin.biz. jumpa saya di sana..

29 January 2007

kes perkahwinan

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

Ssaya menerima pertanyaan daripada kawan saya bagaimana bapanya ingin berkahwin:

oklah.. jika bapanya ingin berkahwin didalam daerah yang sama...

-kena beli borang pernikahan... borang 1 dan 2
-jumpa pak imam
-test hiv
-jumpe tok ketua kampung (buat surat status diri )
-pergi kedai potostat.. potostat ic dan ic saksi
kalau bapanya cerai mati..kena bawa surat nikah dan surat mati isteri
kalau bapanya cerai hidup.. kena bawa surat cerai
kalau poligami... bawa surat dari mahkamah.

tambahan utk perempuan.. jika anak sulung atau walinya abang sulung maka sijil nikah ibu bapa diperlukan...

tambahan utk kedua-dua nya.
wajib berkursus jika umurnya kurang dari 50... kecuali poligamai..

selepas itu ditemuduga oleh ustaz-ustaz di pejabat agama.. bile lulus
- jumpa pak imam (tok kadi) deal bebaik ngan imam... supaya tarikh pernikahan berjalan ngan lancar.

-nikah
.................
- ambil sijil nikah lepas 1 1/2 dari tarikh pernikahan
- kalau nak buat kad kawin... buat sekali masa ambil surat nikah..


kalau nak nikah luar daerah.. saya akan sambung di lain artikal..

All_wan@yahoo.com
07-7771245(pej)

25 January 2007

SELAMAT PENGANTIN BARU

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINANTAHNIAH dan selamat pengantin baru kepada saloma binti johari dan mohd fauzie bin mohamad.. nikah pada 26/1/2007


TAHNIAH dan selamat pengantin baru kepada Hirman bin Sumain dan pasangannya Isnalinda binti husaini.. nikah pada 25/1/2007

semoga rumahtangga anda berbahagia hingga ke akhirat....

24 January 2007

Hiv

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

saya ada cerita tentang hiv.. tp panjang sikit la..
HIV/AIDS
Oleh: Dr. Zuraidah Hj. Mokhtar
Pegawai Kesihatan Kanan.

APA ITU AIDS
AIDS ialah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus (Human Immunodeficiency Virus -HIV yang melumpuhkan keupayaan semulajadi badan di dalam melawan penyakit.Dengan lumpuhnya keupayaan ini, mereka terdedah kepada semua jenis kuman yang biasanya tidak merbahaya dan beberapa jenis barah yang jarang berlaku.

APA ITU AIDS
AIDS merupakan satu penyakit yang amat merbahaya melanda manusia sejagat.
Tiada Vaksin atau perlalian untuk mencegahnya.
Tiada ubat untuk menghapuskanya.
Ia menyerang seseorang hanya sekali.

SEJARAH AIDS
1980an dikalangan gay di US
merebak keseluruh dunia terutama Sub Sahara Afrika, Asia Selatan dan Asia Tenggara (Thailand).Di M’sia 1986 .Kebanyakannya Melayu, Lelaki, remaja dan berkaitan dengan tingkahlaku

SEJARAH AIDS
Di M’sia sehigga Jun 1999 jumlah kumulatif jangkitan HIV 30,598; jumlah AIDS 2,894 orang dan 2,248 orang telah meninggal dunia.Jika tidak dicegah dijangkakan pembawa HIV akan meningkat ke 71,383 menjelang 2003.36% adalah remaja dan belia yang berumur 29 tahun ke bawah. SENARIO DI JOHOR (dari 1989 hingga 2000)
HIV - 7,634 kes (JB 3,913 kes, Muar 1,439 kes)AIDS -836 kesKematian - 496 kesMajoriti - Melayu 75%IVDU Lelaki - 93%

BAGAIMANA AIDS MEREBAK
3 cara sahaja iaitu:-
1. Hubungan sex (air mani) -heteroseksual, homoseksual dan biseksual.
2. Darah - menggunakan jarum yang
tercemar (mengambil dadah secara suntikan)
3. Ibu HIV/AIDS kepada janin/bayinya -semasa dalam kandungan, proses kelahiran dan penyusuan.

AIDS TIDAK MEREBAK MELALUI:
Air
Udara
Sentuhan, bersalaman, cium ringan
berhimpit-himpit di tempat awam spt. dalam bas
bersukan
bekerja
gigitan nyamuk

AIDS TIDAK MEREBAK MELALUI:
menggunakan tandas awam
menyentuh dan memegang barang kepunyaan pembawa HIV/ AIDS spt. pinggan mangkuk, sudu dll.
kolam renang

TANDA-TANDA PENYAKIT AIDS
Window period, ujian darah negatif
Peringkat awal tiada tanda (asymtomatik), bergantung kepada daya tahan individu terlibat. 2 hingga 10 tahun. Ujian darah positif
Peringkat akhir AIDS. Tempoh hidup kurang dari 2 tahun.

TANDA-TANDA PERINGKAT AKHIR AIDS
Susut berat badan melebihi 10% tanpa sebab-sebab tertentu
Cirit-cirit yang berlarutan
Demam yang berpanjangan
Batuk-batuk yang berterusan
Bengkak kelenjar di leher, ketiak dan pangkal peha

TANDA-TANDA PERINGKAT AKHIR AIDS
Penyakit Herpes Zoster/kayap yang berpanjangan
penyakit kandidiasis di mulut dan tekak
jangkitan paru-paru spt. Tibi, Pnuemocystis carinii pneumonia.
Barah kulit (Kaposi,s sarcoma)
jangkitan-jangkitan lain yang jarang berlaku dikalangan orang sihat

UJIAN UNTUK MENGESAN HIV
Anonymous HIV Testing, boleh didapati secara percuma di klinik kesihatan dan hospital kerajaan.
Ujian Pengesahan
keputusan adalah dirahsiakan

DIMANA BOLEH MENDAPATKAN UJIAN DARAH UNTUK HIV
Klinik-klinik Kesihatan Kerajaan - percuma
Hospital-hospital Kerajaan - percuma
Klinik swasta
Hospital swasta

APA YANG ANDA LAKUKAN JIKA UJIAN PENGESAHAN POSITIF
Anda akan diberi nasihat supaya menjaga kesihatan dan tidak merebakkan penyakit ini kepada orang lain
tidak boleh menderma darah
Kondom perlu digunakan untuk melindungi pasangan
Jangan menyuntik dadah dan berkongsi jarum suntikan
Samb.
Bagi wanita, elakan diri dari hamil kerana anak yang anda kandung terdedah kepada jangkitan HIV

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARI JANGKITAN HIV
Jangan melakukan hubungan seks dengan orang-orang yang anda tidak ketahui latarbelakang dan taraf kesihatannya.
Jangan melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan atau dengan mereka yang anda ketahui mengadakan hubungan seks dengan berbilang pasangan lain spt. pelacur.
Samb.
Jangan melakukan hubungan seks sejenis (homoseks)
Jangan melakukan hubungan seks dengan orang yang disahkan pembawa HIV atau AID (suami isteri - kondom)
Jangan menagih dadah. Jangan menyuntik dadah atau berkongsi jarum atau alat suntikan dengan orang lain.
Samb.
Jangan berkongsi alat-alat peribadi yang boleh tercemar oleh darah seperti berus gigi, pisau cukur dll.
Jika membantu kes-kes kemalangan terutama yang berdarah sila gunakan sarung tangan getah atau plastik yang tidak bocor
berhati-hati semasa mengembara ke luar negeri.

LANGKAH PENCEGAHAN
Bagi Remaja - jauhi dadah dan zina
Bagi bakal pengantin - menjalani ujian HIV pasangan yang tidak diketahui latarbelakang sebenar pasangan masing-masing
Bagi pasangan yang telah berkahwin - jauhi dadah dan zina

TERIMA KASIH
SAMA-SAMALAH KITA MEMERANGI HIV/AIDS UNTUK MENJAMIN KESEJAHTERAAN GENERASI KITA DI MASA DEPAN

surat status diri..

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

Tempoh hari saya ada menyatakan akan menerangkan akibat daripada membuat surat akuan palsu... yea.. buku Enekmakmen Undang-Undang keluarga (Negeri johor ) 2003 [En.17/2003 ] berada disisi saya...

saya tak pandai sangat baca buku undang-undang syariah nie.. sebab kalau bab undang-undang nie tidak boleh ada kesalahan.. (itu yang saya tahu la.) tapi utk pengetahuan semua.. saya petik sedikit daripada buku ini

Akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan

38.
Jika seseorang , bagi maksud mendapatkan sesuatu perkahwinan dilakukan dibawah Enekmen ini, sengaja membuat akuan , atau penyataan yang palsu , maka orang itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

oleh yang demikian.. surat status diri tidak boleh di palsukan. ermh di lain artikal saya akan menerangkan jika menghantar borang kurang dari 7 hari tarikh pernikahanya.

23 January 2007

Berbahagi suami..

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

Anda dah tengok cerita berbahagi suami.... saya pun tak tengok lagi cerita tu.. sebab saya nie tak minat kesana... kalau saya ke sana kang,ada pulak orang kata "ustaz nie nengok wayang" iyer la.. pada pandangan orang tempat tu tempat maksiatkan... saya pun macam setuju ape yang diorang cakapkan tu... macam la... sebab dari pembacaan saya kat dalam wayang nie... gelap..lepas tu kalau bawak awekatau pakwe , kebarangkalian nak buat maksiat tu sangat lah tinggi...... jadi nya sebagai langkah berjaga-jaga... kita jauhi lah perkara-perkara yang boleh membawa kearah zina...
jauhilah kamu daripada perkara-perkara yang membawa kepada penzinaan...

berbalik kepada cerita berbahagi suami nie..sebab dari pembacaan saya cerita nie seolah-oleh menentang amalan berpoligami.... .. betul ke.....?? anda bayangkan lah.. berbalik kepada hukum poligami............. hukum nya harus... firman Allah: Maka kahwinlah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Kemudian kalau kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka kahwinilah seorang sahaja. (An-Nisa’: 3)

harus kita berpoligami .... mengapa kita nak mengharamkan perkara yang diharuskan dalam agama........ saya seringkali berjumpa .. kalau suaminya hendak berpoligami maka isterinya mintak cerai.... adakah ini betul........?? jawapan nya sudah tentulah salah... sebab berpoligami adalah diharuskan dalam islam.. kenapa nak mintak cerai.. lainlah kalau suami tidak bertanggung jawab@ suami tidak adil... maka itu bolehla dibincangkan dengan kauselor Pej agama...

ape itu adil dalam islam.... saya akan bincangkan di lain artikel....

20 January 2007

terima kasih- terima kasih

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

kepada peserta kursus 20-21 Januari 2007

Terima kasih diatas sokongan anda........ seramai 54 orang yang telah menyertai kursus ini... saya ada ambil gambar anda... dan saya akan siarkan sedikit masa lagi..

Maaf la kalau ade kekurangan di kursus ........ kepuasan anda keutamaan kami...

Oh ya.. sebagai sokongan saya kepada anda pula... jgn malu-malu untuk meminta pertolongan mengenai perkara-perkara berkaitan pernikahan , perceraian dan rujuk. percuma jerks.. .... jika anda perlukan... wink:

Kepada dr suryati... selamat bertemuduga ekkss.. jgn tak datang pula hari isnin nie..... bukannya ape.. fail yang cik suryati perlukan tu sudah memenuhi meja saya.... kalau saya dah simpan fail-fail tersebut... susah la nak cari balik... 2 minggu saya kumpul fail-fail tersebut.

19 January 2007

salam maal Hijrah

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

ditahun yang baru.. marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa agar tahun 1428 lebih baik dari 1427. dan semoga segala ketelanjuran di tahun 1427 di ampuni oleh allah taala.

amin....

17 January 2007

Kursus Pra perkahwinan

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

kursus perkahwinan adalah satu kursus yang diwajibkan sebelum seseorang itu berkahwin, ada orang tak suka dengan kursus-kursus ini. pada saya apalah salah nya jika kita melabur wang untuk pendidikan.. kerana sangat berbeza diantara orang yang berilmu dengan orang yang tiada ilmu...

Anda boleh bayangkan bezanya seseorang yang berilmu berkahwin dan orang yang tidak berilmu berkahwin, saya biasa jumpa orang yang tidak berilmu berkahwin.. saya tidak katakan orang yang berilmu itu sentiasa bahagia, tetapi sekurang-kurangnya ianya membantu dalam mengawal emosinya.

Hakikatnya, perkahwinan amat berbeza dengan alam percintaan, bermacam pancaroba yang anda kena tempohi.. sebab itulah orang mengatakan perkahwinan itu ibarat kapal yang belayardi lautan yang bergelora.. untuk melayari bahtera itu kita perlukan ilmu yang secukupnya

Jika anda ingin berkursus, anda perlu tahu serba sedikit tempat yang ingin kursus tersebut.
disini saya selitkan asas tempat kursus yang terbaik untuk anda berkursus.
1) Sijil kursus mestilah diberi di akhir kursus
Tentulah ianya menjimatkan masa anda , kerana anda tidak perlu berulang alik ke tempat kursus untuk mengambil sijil kursus yang tersebut.. biasanya seminggu baru siap. masa berulang alik anda boleh gunakan untuk berbincang tarikh perkahwinan anda bersama keluarga tunang anda, jadi masa anda lebih berkualiti.

2) Berhawa dingin,
ini adalah untuk keselesaan anda . iye untuk keselesaan anda. bayangkan lah anda mendengar ceramah demi ceramah ditempat yang tiada hawa dingin.. pada hal anda tahu ada tempat kursus yang berhawa dingin

3) perkakasan yang lengkap,
apa lah guna membayar RM 80 tetapi nota, yang di perlukan kena beli. kenape anda perlu beli nota tersebut??.. sedangkan nota tersebut di perlukan untuk rujukan semasa anda sedang berkursus.. anda tahu ada tempat menyediakan nota yang lengkap secara percuma.. anda perlu tahu hak anda.

4) Penasihat perkahwinan,
Ini juga amat penting, apalah gunanya jika anda berkursus dengan syarikat yang mementingkan keuntungan sahaja. bila anda tanya nak beli borang nikah.. cepat2 dia kata tak tahu..anda perlu merujuk disini dan di sini... tak boleh pakai..

pikir-pikirkan lah...

p/s pada 20-21 saya menganjurkan kursus di pejabat agama daerah Kluang. di sana anda boleh bertanyakan soalan mengenai perkahwinan.. khusus untuk orang yang berkahwin

pss : kalau anda ingin tanyakan berkaitan perceraian boleh jugaks..

oh yea...

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

Saya beli domain saya untuk meluaskan "perniagaan" saya. www.kahwin.biz
tetapi di situ hanya promosi kursus pra perkahwinan

ok. see ya..

16 January 2007

Waktu Pejabat

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

Sebenarnya saya ingin menceritakan mengenai akibat apabila memalsukan Status diri ... tetapi buku enakmen saya di pinjam oleh salah seorang rakan sepejabat. Oleh yang demikian saya tangguhkan dahulu Cerita mengenai perkara tersebut.

Baiklah.. Hari ini saya ingin menekankan tentang Waktu penyerahan borang-borang pernikahan dan juga pembelian borang--borang pernikahan dikauter pernikahan.

Untuk makluman anda kauter Borang permohonan Nikah Pejabat Agama Daerah Kluang dibuka
8.30 Pagi - 12.30 tgh
2.00 Ptg - 3.30 ptg

Iyerla,, walau pun kekadang saya paham , kenapa diorang datang lambat??... tp time tu tgh tension dan tak boleh nak senyum...
sebab

time tu la saya nak kira berapa borang yang dah di jual..
time tu la jugak kena kira resitnya tele tak dengan duitnya.
time tu la jugaks semua borang-borang dimasukkan ke dalam buku jualan.
Time tu la jugak nak kena kira hasil HIV,
Time tu la jugak nak masukkan dalam buku cerakinan
Lepas tu Kena serahkan semua tu pada kerani kanan sebelum pukul lima.
Time tu la kena semak KPN(Kad Perakuan Nikah)
kalau sikit tak pe...

Lepas tu plak datang la orang nak beli borang.... kalau anda.. tension tak time tu..
lepas tu orang tu siap saund.. "kalau saya buat dosa Utz tanggung" haduihh.

"ada papan tanda beso gedabak kat kauter tu, masih nak salahkan orang lain ke... awak buat dosa ,awak la yang menanggung.. mana la dia belajar Kalau buat dosa, orang lain yang menaggung" tapi tu dalam hati la.. hehehehe

next saya akan bercerita mengenai hantar lewat 7 hari sebelum tarikh pernikahan

15 January 2007

Surat status Diri

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

pada hari ini saya akan tunaikan janji saya untuk menceritakan serba sedikit perkara yang berkaitan surat status diri

Apakah status diri anda ?????????

Jika anda seorang lelaki yang belum pernah berkahwin.. maka status diri saudara adalah bujang

Jika seorang perempuan yang belum pernah berkahwin .. maka status diri: dara
_______________________________________________________________

Jika seorang lelaki pernah berkahwin dan pernah bercerai... Duda

Jika seorang perempuan pernah berkahwin dan pernah bercerai... janda
_______________________________________________________________

Jika seorang lelaki mempunyai 1 @ 2 @ 3 orang isteri dan belum pernah bercerai tetapi nak kawin lagi..: sudah mempunyai 1 @ 2 @ 3 orang isteri

Jika seorang perempuan mempunyai suami : sudah bersuami .
_________________________________________________________________

ada orang tanya saya" Ustaz saya nie dah kawin kat Thailand tapi tak daftar kemudian saya bercerai pun kat sana, apa status diri saya"
saya cakap " awak buat surat akuan yang awak pernah berkahwin dan bercerai di Thailand tetapi belum pernah berkahwin di Malaysia"

_________________________________________________________________

ok saya akan sambung apakah kesan jika anda memalsukan Surat status diri anda di lain artikal

Ridhwan bin Mohd Yunus
Bahagian UUs
Pejabat Agama Daerah Kluang

13 January 2007

Banjir di Daerah Kluang Johor

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

Dari awal pagi tadi hujan masih renyai-renyai, segala aktiviti harian tertangguh, nasib baik barang keperluan dapur sudah disediakan..

Hari nie lari tajuk sikit. menceritakan keadaan bajir di Johor ,Khusus nya di kluang.. tempat saya bermastautin.. Alhamdullilah tempat saya nie tinggi sikit.. Khabarnya Rumah Utz Rohaizat( Bahagian UUS) , dan Utzah Fazidah (Peg Kauselor) sudah ditenggelami air banjir... Ramai Yang kena pindah... Kawasan Yap Tau Sah.. Kawasan Kampung Melayu, Kampung Bentong. Kampung Palembang. kampung tengah dan etc .. Jalan Ke mersing di Jambatan batu 4 atau di kenali sungai semberong kecil pun dah terputus..... Kalau Nak kemersing kena ikut T6 kemudian masuk simpang ke kahang barat .. selepas itu Masuk pula Kg seri Timur...sehingga berjumpa semula jalan mersing.

Teruk jugak banjir kali nie.... Ramai yang kena pindah ,kesian diorang .. baru jerks basuh rumah disebabkan banjir 20/12/2006 ..sekarang air dah naik semula...

ps: Kita kena sama-sama fikirkan macam mana kalau hujan lebat berhari-hari sekalipun ,, tak Banjir di kawasan Johor ni khususnya di kluang..

12 January 2007

peserta kursus pra perkahwinan

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

tetiba sahaja saya teringat kembali kepada semua peserta-peserta kursus pra perkahwinan yang pernah saya hendle sebelum ini... (di Pejabat Agama Daerah Kluang)

Hai.. peserta kursus saya.. kepada yang sudah berkahwin , sudah tentu anda gembira bersama keluarga tersayang...
Kepada yang belum berkahwin... cepat lah .. tunggu ape lagi.. itu hari kan dah kursus sama aweknya... ahaks...

ok lah kepada peserta kursus saya.. jika anda mempunyai masalah perkahwinan... Kalau Belum kahwin .. masalah prosedur .. kalau yang dah kawen mungkin nak tambah lagi ke.....?? huhuhu...
boleh hubungi saya untuk pertanyaan @ datang terus ke pejabat saya

pss : Saya ada Rahsia macam mana nak nikah dalam masa hanya 7 hari.......... kalau nak tau...
tunggu.

10 January 2007

surat akuan bujang

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

maaf saya tidak mahu bercerita panjang tentang ini...

apa yang pasti surat akuan bujang hanya boleh didapati
1-ketua kampung
2-penghulu
3-majikan yang beragama islam.......

saya akan menyambung tulisan saya pada minggu hadapan.

08 January 2007

SYARAT MENJADI WALI

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

Assalamualaikum, apa khaba smartusaha(macam smartzul baca blog saya) , apa khabar pembaca setia saya (ade ker...??) hehehe,..
kali ini seperti yang dijanjikan saya akan menerangkan syarat-syarat untuk menjadi wali..

pengalaman saya
Ramai yang berurusan dengan saya menanyakan soalan ini"Ustaz, saya rasa bapak saya tidak boleh jadi wali,. sebab dia pernah minum arak.. dan suka main judi (nombor ekor etc), saya rasa dia dah syirik dan tidak layak menjadi wali"

Jawapannya

Syarat -syarat orang menjadi wali adalah:
1-Islam
2-berakal
3-baligh(cukup umur ..)
4-Merderka( dah tak de lagi kot.. semua dah merdeka)
5-lelaki(perempuan tak boleh jadi wali)
6-waras fikiran(bukan seorang yang nyanyok@ mudah lupa) kalau strok tp boleh ingat ,boleh jadi wali
7-tidak dalam ihram.
8-adil(tidak fasik @ tidak melakukan dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa kecil)
9-tidak dipaksa

berbalik soalan tadi... saya dah pastikan dengan imam Nazri alhafiz (Imam besar Daerah Kluang) biasanya sebelum akad nikah dijalankan maka wali disuruh bertaubat dengan beristigfar.. selepas wali bertaubat dengan istigfar .. maka pernikahan boleh dijalankan dengan biasa.

Ada ulamak yang mengatakan orang yang fasik , harus menjadi wali.. iaitu Syaikh Ibnu Hajar di dalam kitab tuhfah. para sahabat imam syafii yang mutaakhirin pun ada mengatakan begitu.. tapi kalau kat johor nie.. sebelum nikah memang disuruh ditaubat (istigfar) dulu.. wallah huaglam

ok lah.. sekian sahaja untuk kali ini pasal wali.. di artikal yang lain saya akan berbalik kepada surat akuan bujang kalau dipalsukan ..?? nantikan.
wassalam..
all_wan@yahoo.com

p/s: saya baru beli domin... saya mungkin akan berpidah di domin yang baru....
nantikan.

p/s/s: kalau tak de duit nak kawin .. leh pegi link iklan tu... mane la tau jumpa Idea nak tambah rezeki.

06 January 2007

HARI TERAKHIR PESERTA KURSUS


SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

dengan turunnya kain rentang ini maka tamatlah kursus pra perkahwinan di pejabat Agama Daerah Kluang...

Kursus akan diadakan semula pada 20-21 januari ini . kepada yang belum kursus bolehlah datang mendafatar dengan saya sebelum tarikh tersebut. tempat adalah terhad.. jadi jangan lepaskan peluang ini...

Untuk pengetahuan anda.. hanya berkursus di Pejabat Agama Daerah Kluang Sahaja yang akan memiliki sijil selepas habis berkursus..

ok esok saya akan menyambung catatan saya mengenai syarat-syarat wali.. kerana tidak semua orang melayu boleh menjadi wali.. kerana mungkin orang melayu itu bukan orang islam... dan selanjutnya..d i artikal akan datang

All_wan@yahoo.com
kluang Johor

Perkahwinan hatta-perjalanan ke rumah pengantin

Perjalanan ke rumah pengantin perempuan

PERINGATAN KEPADA BAKAL-BAKAL PENGANTIN...
Sebelum anda di palu kompang... ape yang anda perlu lakukan??
0-pergi kursus kawin kat Pej Agama Kluang
1-pergi beli borang
2-isi borang
3-jumpa pak imam
4-test hiv
5-jumpe tok ketua kampung
6-pergi kedai potostat
7-jumpe En Ridhwan (saye le tu)
tentunya ditemuduga oleh ustaz-ustaz di pejabat agama.. bile lulus
8-pergi bank keluarkan duit maskahwin (RM 22.50) beserta hantaran
tak de duit ??? nah ini



9- jumpa pak imam (tok kadi) deal bebaik ngan imam... supaya tarikh pernikahan berjalan ngan lancar.

10-nikah
11-baru la boleh palu ngan kompang...
.................
12- ambil sijil nikah lepas 1 1/2 dari tarikh pernikahan
13- kalau nak buat kad kawin... buat sekali masa ambil surat nikah..
14-dapat anak

itu pun kalau yang tak de masalah.. kalau ade masalah wali ke... masalah bukan warganegara ke.. masalah penduduk tetap ke........ pemastautin sementara ke... hantar borang lambat ke.... jawab nya banyak la sikit proses nya..
jika terdapat sebarang masalah mengenai urusan pernikahan di negeri johor.
boleh tanya kat saya
All_wan@yahoo.com
07-7771245(pej)

05 January 2007

KURSUS PRA PERKAHWINAN


SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

gambar atas adalah salah seorang urusetia kursus..Peserta kursus telah selesai mendaftar pada jam 9.00 pagi.. ceramah pertama di sampaikan oleh tuan kadi daerah kluang. HJ Dzulkafli Bin Mohd.. Kali ini peserta tidak la ramai.. lebih kurang 70 orang yang menyertai kursus pra perkahwinan ini... alhamdullilah.

biasanya kursus dibuat pada waktu tengahhari.. tetapi untuk tahun ini pihak kami buat pada waktu pagi.. tujuannya .. supaya peserta balik sebelum pukul 1 tegahari pada hari ahad.., jadi diorang mempuntyai lebih masa bersama keluarga masing-masing.

pihak kami menganjurkaan kursus pada 03-04 febuary 2007 , kepada yang belum menghadiri kursus ..jgn lepaskan peluang nie...

04 January 2007

SUSUNAN WALI

SEMUA CERITA MENGENAI PROSEDUR PERKAHWINAN

Dibilik ini.. kelihatan tenang walaupun jam dinding menunjukkan hampir pikul 7 petang,, .beberapa minit lagi masuklah waktu magrib. hati ini berazam " aku kena siapkan juga susunan wali " Walaupun baru pulang dari pejabat saya tetap ber semangat yang bekobar-kobar untuk menaip satu persatu susunan wali supaya ianya menjadi manafaat kepada orang yang hendak bernikah khususnya di negeri johor.

Wali...??
Wali adalah salah satu daripada rukun nikah... kalau takde wali maka pernikahan tersebut tidak sah.
Sabda Nabi: Tidak Sah Nikah kecuali ada Wali dan dua orang Saksi yang adil. (Riwayat Ahmad)

kalau takde wali??
boleh guna wali Hakim@ sultan

saya akan membincangkan Susunan Wali secara ringkas s, supaya dapat difahami dan seterusnya di aplikasikan keatas diri anda yang mahu berkahwin...

Mengikut pengalaman saya .. ramai juga pasangan yang tidak tahu mengenai susunan wali .. sebagai contoh.. ayahnya sudah meninggal dunia... mereka menyuruh adik beradik lelaki untuk menjadi wali.. padahal atok belah ayah. hidup lagi.
sepatutnya atok yang menjadi wali.... dah la nikah nya tetangguh disebabkan perkara ini..
majlis tgh jalan...
tapi tak leh nikah sehinggalah dapat persetujuan daripada atoknya untuk menjadi wali....

mereka yang harus menjadi wali nikah ialah orang yang ada hubungan keluarga dengan perempuan yang hendak bernikah tersebut.
mesti menyikut susunan.. tidak boleh langkah-langkah sesuka hati..

1- Bapa (wali Akrab)
2-datok sebelah bapa
3-saudara lelaki seibu sebapa
4-Saudara lelaki sebapa.
5-anak lelaki kepada saudara seibu sebapa
6-anak lelaki kepada saudara sebapa
7-bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa
8-bapa saudara dari pihak bapa sebapa
9-anak lelaki kepada bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa.
10-anak lelaki kepada bapa saudara dari pihak bapa sebapa.
11-bapa saudara dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa
12-bapa saudara dari pihak bapa kepada bapa sebapa.


anda boleh lihat dengan jelas di
http://www.kursuskahwin.com/ carta wali ..kat situ ada gambarajahnya...

saya harap anda tidak tersalah untuk memilih wali...
oklah.. saya akan meberitahu syarat untuk menjadi wali pada masa akan datang

kalau ada pertanyaan silalah hantar email anda ke, kalau nak peplet Jabatan Agma Johor boleh email
All_wan@yahoo.com

03 January 2007

SIJIL NIKAH IBU BAPA

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

Menghadap komputer yang mempunyai line streamyx tentunya amat menghayalkan.. mata pula sentiasa menjumpai perkara-perkara baru.. oh ini kah yang di namakan internet.. dunia tanpa batasan.. keadaan ini pasti pernah di lalui oleh kebayakan orang yang baru mengenali internet dan saya juga sedang melalui perkara ini

oh.. berbalik kepada sijil nikah ibu bapa...
siape yang kena bawa sijil nikah ibu dan ayah nie..???

1)Sijil nikah ibu bapa hanya diperlukan kepada anak pompuan sulong(no 1) dalam keluarga. kalau no 2 ke 3 ke baru pompuan.. tak payah bawak...

2) Jika anda sudah tiada ayah sebagai wali(meninggal dunia) ... atok sebelah ayah pun tak de lagi , adik beradik berhak menjadi wali... tetapi jika wali tersebut abang yang sulung (no 1) maka pihak Jaj akan minta sijil nikah ibu dan ayah.. kalau adik beradiklelaki no 2 ke nombor 3 ke ..tak perlu bawa sijil nikah ibu bapa.

kenape di perlukan sijil nikah ibu dan ayah ???

kita akan semak tarikh pernikahan ayah dan ibu dengan tarikh lahir pemohon .. cukup tak 9 bulan.. kalau tak cukup maka dia kena la berwalikan hakim.. ayah nya tidak boleh mewalikannya kerana dia anak yang bukan dari pernikahan tersebut. jika pemohon mendakwa dia anak tak cukup bulan ..7 bulan ibunya mengandung ...kemudian dia lahir... atau pun lahir 8 bulan ke.. sila bawa dokumen yang mengatakan beliau lahir tidak cukup bulan daripada jabatan kesihatan... kalau tak de juga.. kena buat sumpah syariee... itu atas budi bicara tuan kadi..ataupun pegawai Tadbir agama masing2.

Kalau siil nikahnya hilang bagaimana????

jika sijil nikah ibu bapa hilang.. maka mereka kena pergi ketempat mereka bernikah untuk buat carian salinan daftar sijil nikah.kalau nikah disitu mesti ada....

Utk pengetahuan anda juga... anak tidak sah taraf tidak bersalah... mereka juga ingin bernikah dengan cara pernikahan yang sah .. oleh yang demikian serahkan lah mereka kepada pejabat agama untuk bernikah secara wali hakim jika mereka hendak bernikah ... dengan cara itulah mereka akan dapat bernikah dengan cara yang sah..
bukannya ibu dan ayahnya meninggal baru tau yang dia nie anak tak sah taraf lepas tu anak dah 5 pulak tu.. sah ke nikahnya...???? sape nak tanggung tu...??

Utk akan datang saya akan menyenaraikan susunan wali
sebarang masalah boleh email saya
all_wan@yahoo.com

02 January 2007

selamat datang tahun 2007

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

sambungan cerita hiv.

Diketika ini saya masih melangut, memikirkan macam bagaimana saya harus mengedit gambar.. hiv positif yang telah saya janjikan..

walau ape pun semua keputusan pemeriksaan HIv adalah Rahsia.. saya tidak akan dedahkan kepada anda siapa yang positif dan siapa yang negetif..

Jika pemeriksaan anda negetif( bebas daripada HIV) maka tiada masalah untuk berkahwin... anda cuma serahkan borang-borang anda kepada pahak Jabatan agama masing2 supaya prosedur pernikahan dapat diteruskan...

Jika pemeriksaan Anda negetif.. tidak bermakna anda tidak boleh bernikah... anda boleh bernikah dengan syarat . anda kena beritahu pasangan anda hasil pemeriksaan tersebut... jika pasangan anda ingin teruskan perkahwinan.. tiada masalah bagi pihak Jabatan Agama Untuk meneruskan prosedur perkahwinan, tetapi pasangan tersebut harus berjumpa dengan pegawai kauseling untuk sesi kauseling di Jabatan Agama .

Selain daripada anda menerima kauseling daripada jabatan agama.. anda juga kena hadir ke kauseling Jabatan kesihatan di Klinik kesihatan yang telah di tetap kan..


Saya Harap Anda Jelas Mengenai Pemeriksaan HIV.

Saya Ankan menulis mengenai Sijil Nikah Ibu Bapa ...kenape di perlukan....selepas ini..

kemudian saya akan menjual prosedur pernikahan di Jabatan Agama Johor kepada sesiapa yang berminat.

Ridhwan Bin Mohd Yunus
67 Jalan Kurnia 1
Taman Kurnia
86000 Kluang.
All_wan@yahoo.com