23 January 2007

Berbahagi suami..

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

Anda dah tengok cerita berbahagi suami.... saya pun tak tengok lagi cerita tu.. sebab saya nie tak minat kesana... kalau saya ke sana kang,ada pulak orang kata "ustaz nie nengok wayang" iyer la.. pada pandangan orang tempat tu tempat maksiatkan... saya pun macam setuju ape yang diorang cakapkan tu... macam la... sebab dari pembacaan saya kat dalam wayang nie... gelap..lepas tu kalau bawak awekatau pakwe , kebarangkalian nak buat maksiat tu sangat lah tinggi...... jadi nya sebagai langkah berjaga-jaga... kita jauhi lah perkara-perkara yang boleh membawa kearah zina...
jauhilah kamu daripada perkara-perkara yang membawa kepada penzinaan...

berbalik kepada cerita berbahagi suami nie..sebab dari pembacaan saya cerita nie seolah-oleh menentang amalan berpoligami.... .. betul ke.....?? anda bayangkan lah.. berbalik kepada hukum poligami............. hukum nya harus... firman Allah: Maka kahwinlah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Kemudian kalau kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka kahwinilah seorang sahaja. (An-Nisa’: 3)

harus kita berpoligami .... mengapa kita nak mengharamkan perkara yang diharuskan dalam agama........ saya seringkali berjumpa .. kalau suaminya hendak berpoligami maka isterinya mintak cerai.... adakah ini betul........?? jawapan nya sudah tentulah salah... sebab berpoligami adalah diharuskan dalam islam.. kenapa nak mintak cerai.. lainlah kalau suami tidak bertanggung jawab@ suami tidak adil... maka itu bolehla dibincangkan dengan kauselor Pej agama...

ape itu adil dalam islam.... saya akan bincangkan di lain artikel....

No comments: