04 January 2007

SUSUNAN WALI

SEMUA CERITA MENGENAI PROSEDUR PERKAHWINAN

Dibilik ini.. kelihatan tenang walaupun jam dinding menunjukkan hampir pikul 7 petang,, .beberapa minit lagi masuklah waktu magrib. hati ini berazam " aku kena siapkan juga susunan wali " Walaupun baru pulang dari pejabat saya tetap ber semangat yang bekobar-kobar untuk menaip satu persatu susunan wali supaya ianya menjadi manafaat kepada orang yang hendak bernikah khususnya di negeri johor.

Wali...??
Wali adalah salah satu daripada rukun nikah... kalau takde wali maka pernikahan tersebut tidak sah.
Sabda Nabi: Tidak Sah Nikah kecuali ada Wali dan dua orang Saksi yang adil. (Riwayat Ahmad)

kalau takde wali??
boleh guna wali Hakim@ sultan

saya akan membincangkan Susunan Wali secara ringkas s, supaya dapat difahami dan seterusnya di aplikasikan keatas diri anda yang mahu berkahwin...

Mengikut pengalaman saya .. ramai juga pasangan yang tidak tahu mengenai susunan wali .. sebagai contoh.. ayahnya sudah meninggal dunia... mereka menyuruh adik beradik lelaki untuk menjadi wali.. padahal atok belah ayah. hidup lagi.
sepatutnya atok yang menjadi wali.... dah la nikah nya tetangguh disebabkan perkara ini..
majlis tgh jalan...
tapi tak leh nikah sehinggalah dapat persetujuan daripada atoknya untuk menjadi wali....

mereka yang harus menjadi wali nikah ialah orang yang ada hubungan keluarga dengan perempuan yang hendak bernikah tersebut.
mesti menyikut susunan.. tidak boleh langkah-langkah sesuka hati..

1- Bapa (wali Akrab)
2-datok sebelah bapa
3-saudara lelaki seibu sebapa
4-Saudara lelaki sebapa.
5-anak lelaki kepada saudara seibu sebapa
6-anak lelaki kepada saudara sebapa
7-bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa
8-bapa saudara dari pihak bapa sebapa
9-anak lelaki kepada bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa.
10-anak lelaki kepada bapa saudara dari pihak bapa sebapa.
11-bapa saudara dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa
12-bapa saudara dari pihak bapa kepada bapa sebapa.


anda boleh lihat dengan jelas di
http://www.kursuskahwin.com/ carta wali ..kat situ ada gambarajahnya...

saya harap anda tidak tersalah untuk memilih wali...
oklah.. saya akan meberitahu syarat untuk menjadi wali pada masa akan datang

kalau ada pertanyaan silalah hantar email anda ke, kalau nak peplet Jabatan Agma Johor boleh email
All_wan@yahoo.com

No comments: