17 January 2007

Kursus Pra perkahwinan

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

kursus perkahwinan adalah satu kursus yang diwajibkan sebelum seseorang itu berkahwin, ada orang tak suka dengan kursus-kursus ini. pada saya apalah salah nya jika kita melabur wang untuk pendidikan.. kerana sangat berbeza diantara orang yang berilmu dengan orang yang tiada ilmu...

Anda boleh bayangkan bezanya seseorang yang berilmu berkahwin dan orang yang tidak berilmu berkahwin, saya biasa jumpa orang yang tidak berilmu berkahwin.. saya tidak katakan orang yang berilmu itu sentiasa bahagia, tetapi sekurang-kurangnya ianya membantu dalam mengawal emosinya.

Hakikatnya, perkahwinan amat berbeza dengan alam percintaan, bermacam pancaroba yang anda kena tempohi.. sebab itulah orang mengatakan perkahwinan itu ibarat kapal yang belayardi lautan yang bergelora.. untuk melayari bahtera itu kita perlukan ilmu yang secukupnya

Jika anda ingin berkursus, anda perlu tahu serba sedikit tempat yang ingin kursus tersebut.
disini saya selitkan asas tempat kursus yang terbaik untuk anda berkursus.
1) Sijil kursus mestilah diberi di akhir kursus
Tentulah ianya menjimatkan masa anda , kerana anda tidak perlu berulang alik ke tempat kursus untuk mengambil sijil kursus yang tersebut.. biasanya seminggu baru siap. masa berulang alik anda boleh gunakan untuk berbincang tarikh perkahwinan anda bersama keluarga tunang anda, jadi masa anda lebih berkualiti.

2) Berhawa dingin,
ini adalah untuk keselesaan anda . iye untuk keselesaan anda. bayangkan lah anda mendengar ceramah demi ceramah ditempat yang tiada hawa dingin.. pada hal anda tahu ada tempat kursus yang berhawa dingin

3) perkakasan yang lengkap,
apa lah guna membayar RM 80 tetapi nota, yang di perlukan kena beli. kenape anda perlu beli nota tersebut??.. sedangkan nota tersebut di perlukan untuk rujukan semasa anda sedang berkursus.. anda tahu ada tempat menyediakan nota yang lengkap secara percuma.. anda perlu tahu hak anda.

4) Penasihat perkahwinan,
Ini juga amat penting, apalah gunanya jika anda berkursus dengan syarikat yang mementingkan keuntungan sahaja. bila anda tanya nak beli borang nikah.. cepat2 dia kata tak tahu..anda perlu merujuk disini dan di sini... tak boleh pakai..

pikir-pikirkan lah...

p/s pada 20-21 saya menganjurkan kursus di pejabat agama daerah Kluang. di sana anda boleh bertanyakan soalan mengenai perkahwinan.. khusus untuk orang yang berkahwin

pss : kalau anda ingin tanyakan berkaitan perceraian boleh jugaks..

No comments: