08 January 2007

SYARAT MENJADI WALI

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

Assalamualaikum, apa khaba smartusaha(macam smartzul baca blog saya) , apa khabar pembaca setia saya (ade ker...??) hehehe,..
kali ini seperti yang dijanjikan saya akan menerangkan syarat-syarat untuk menjadi wali..

pengalaman saya
Ramai yang berurusan dengan saya menanyakan soalan ini"Ustaz, saya rasa bapak saya tidak boleh jadi wali,. sebab dia pernah minum arak.. dan suka main judi (nombor ekor etc), saya rasa dia dah syirik dan tidak layak menjadi wali"

Jawapannya

Syarat -syarat orang menjadi wali adalah:
1-Islam
2-berakal
3-baligh(cukup umur ..)
4-Merderka( dah tak de lagi kot.. semua dah merdeka)
5-lelaki(perempuan tak boleh jadi wali)
6-waras fikiran(bukan seorang yang nyanyok@ mudah lupa) kalau strok tp boleh ingat ,boleh jadi wali
7-tidak dalam ihram.
8-adil(tidak fasik @ tidak melakukan dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa kecil)
9-tidak dipaksa

berbalik soalan tadi... saya dah pastikan dengan imam Nazri alhafiz (Imam besar Daerah Kluang) biasanya sebelum akad nikah dijalankan maka wali disuruh bertaubat dengan beristigfar.. selepas wali bertaubat dengan istigfar .. maka pernikahan boleh dijalankan dengan biasa.

Ada ulamak yang mengatakan orang yang fasik , harus menjadi wali.. iaitu Syaikh Ibnu Hajar di dalam kitab tuhfah. para sahabat imam syafii yang mutaakhirin pun ada mengatakan begitu.. tapi kalau kat johor nie.. sebelum nikah memang disuruh ditaubat (istigfar) dulu.. wallah huaglam

ok lah.. sekian sahaja untuk kali ini pasal wali.. di artikal yang lain saya akan berbalik kepada surat akuan bujang kalau dipalsukan ..?? nantikan.
wassalam..
all_wan@yahoo.com

p/s: saya baru beli domin... saya mungkin akan berpidah di domin yang baru....
nantikan.

p/s/s: kalau tak de duit nak kawin .. leh pegi link iklan tu... mane la tau jumpa Idea nak tambah rezeki.

No comments: