24 January 2007

Hiv

SEMUA CERITA PROSEDUR PERKAHWINAN

saya ada cerita tentang hiv.. tp panjang sikit la..
HIV/AIDS
Oleh: Dr. Zuraidah Hj. Mokhtar
Pegawai Kesihatan Kanan.

APA ITU AIDS
AIDS ialah penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus (Human Immunodeficiency Virus -HIV yang melumpuhkan keupayaan semulajadi badan di dalam melawan penyakit.Dengan lumpuhnya keupayaan ini, mereka terdedah kepada semua jenis kuman yang biasanya tidak merbahaya dan beberapa jenis barah yang jarang berlaku.

APA ITU AIDS
AIDS merupakan satu penyakit yang amat merbahaya melanda manusia sejagat.
Tiada Vaksin atau perlalian untuk mencegahnya.
Tiada ubat untuk menghapuskanya.
Ia menyerang seseorang hanya sekali.

SEJARAH AIDS
1980an dikalangan gay di US
merebak keseluruh dunia terutama Sub Sahara Afrika, Asia Selatan dan Asia Tenggara (Thailand).Di M’sia 1986 .Kebanyakannya Melayu, Lelaki, remaja dan berkaitan dengan tingkahlaku

SEJARAH AIDS
Di M’sia sehigga Jun 1999 jumlah kumulatif jangkitan HIV 30,598; jumlah AIDS 2,894 orang dan 2,248 orang telah meninggal dunia.Jika tidak dicegah dijangkakan pembawa HIV akan meningkat ke 71,383 menjelang 2003.36% adalah remaja dan belia yang berumur 29 tahun ke bawah. SENARIO DI JOHOR (dari 1989 hingga 2000)
HIV - 7,634 kes (JB 3,913 kes, Muar 1,439 kes)AIDS -836 kesKematian - 496 kesMajoriti - Melayu 75%IVDU Lelaki - 93%

BAGAIMANA AIDS MEREBAK
3 cara sahaja iaitu:-
1. Hubungan sex (air mani) -heteroseksual, homoseksual dan biseksual.
2. Darah - menggunakan jarum yang
tercemar (mengambil dadah secara suntikan)
3. Ibu HIV/AIDS kepada janin/bayinya -semasa dalam kandungan, proses kelahiran dan penyusuan.

AIDS TIDAK MEREBAK MELALUI:
Air
Udara
Sentuhan, bersalaman, cium ringan
berhimpit-himpit di tempat awam spt. dalam bas
bersukan
bekerja
gigitan nyamuk

AIDS TIDAK MEREBAK MELALUI:
menggunakan tandas awam
menyentuh dan memegang barang kepunyaan pembawa HIV/ AIDS spt. pinggan mangkuk, sudu dll.
kolam renang

TANDA-TANDA PENYAKIT AIDS
Window period, ujian darah negatif
Peringkat awal tiada tanda (asymtomatik), bergantung kepada daya tahan individu terlibat. 2 hingga 10 tahun. Ujian darah positif
Peringkat akhir AIDS. Tempoh hidup kurang dari 2 tahun.

TANDA-TANDA PERINGKAT AKHIR AIDS
Susut berat badan melebihi 10% tanpa sebab-sebab tertentu
Cirit-cirit yang berlarutan
Demam yang berpanjangan
Batuk-batuk yang berterusan
Bengkak kelenjar di leher, ketiak dan pangkal peha

TANDA-TANDA PERINGKAT AKHIR AIDS
Penyakit Herpes Zoster/kayap yang berpanjangan
penyakit kandidiasis di mulut dan tekak
jangkitan paru-paru spt. Tibi, Pnuemocystis carinii pneumonia.
Barah kulit (Kaposi,s sarcoma)
jangkitan-jangkitan lain yang jarang berlaku dikalangan orang sihat

UJIAN UNTUK MENGESAN HIV
Anonymous HIV Testing, boleh didapati secara percuma di klinik kesihatan dan hospital kerajaan.
Ujian Pengesahan
keputusan adalah dirahsiakan

DIMANA BOLEH MENDAPATKAN UJIAN DARAH UNTUK HIV
Klinik-klinik Kesihatan Kerajaan - percuma
Hospital-hospital Kerajaan - percuma
Klinik swasta
Hospital swasta

APA YANG ANDA LAKUKAN JIKA UJIAN PENGESAHAN POSITIF
Anda akan diberi nasihat supaya menjaga kesihatan dan tidak merebakkan penyakit ini kepada orang lain
tidak boleh menderma darah
Kondom perlu digunakan untuk melindungi pasangan
Jangan menyuntik dadah dan berkongsi jarum suntikan
Samb.
Bagi wanita, elakan diri dari hamil kerana anak yang anda kandung terdedah kepada jangkitan HIV

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARI JANGKITAN HIV
Jangan melakukan hubungan seks dengan orang-orang yang anda tidak ketahui latarbelakang dan taraf kesihatannya.
Jangan melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan atau dengan mereka yang anda ketahui mengadakan hubungan seks dengan berbilang pasangan lain spt. pelacur.
Samb.
Jangan melakukan hubungan seks sejenis (homoseks)
Jangan melakukan hubungan seks dengan orang yang disahkan pembawa HIV atau AID (suami isteri - kondom)
Jangan menagih dadah. Jangan menyuntik dadah atau berkongsi jarum atau alat suntikan dengan orang lain.
Samb.
Jangan berkongsi alat-alat peribadi yang boleh tercemar oleh darah seperti berus gigi, pisau cukur dll.
Jika membantu kes-kes kemalangan terutama yang berdarah sila gunakan sarung tangan getah atau plastik yang tidak bocor
berhati-hati semasa mengembara ke luar negeri.

LANGKAH PENCEGAHAN
Bagi Remaja - jauhi dadah dan zina
Bagi bakal pengantin - menjalani ujian HIV pasangan yang tidak diketahui latarbelakang sebenar pasangan masing-masing
Bagi pasangan yang telah berkahwin - jauhi dadah dan zina

TERIMA KASIH
SAMA-SAMALAH KITA MEMERANGI HIV/AIDS UNTUK MENJAMIN KESEJAHTERAAN GENERASI KITA DI MASA DEPAN

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih kerana saudara dapat menyebarkan maklumat berkaitan HIV/AIDS dengan lebih luas lagi. Mudah-mudahan generasi kita dimasa akan datang terhindar dari penyakit yang merbahaya ini

Drp. Dr. Hjh. Zuraidah

sarii said...

nice post. boleh saya meminta link link lain yang berhubungan dengan hiv aids dan penyakit seksual lainnya?